Saturday, May 9, 2009

Dasar Gantian Buku Teks

Penggantian buku teks SPBT yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:


• Berdasarkan keperluan sekolah (mengikut prosedur penetuan keperluan bukun teks) dan jangka hayat buku teks.


• Buku Latihan dan Aktiviti dibenarkan gantian sepenuhnya setiap tahun.
Bencana alam (mengikut bilangan naskhah yang rosak/hilang

Tempoh Hayat Buku teks

Tempoh hayat buku teks SPBT ialah jangka masa buku berkenaan boleh digunakan berdasarkan kualiti fizikalnya. Tempoh hayat buku teks SPBT adalah seperti berikut :

• Sekolah Rendah — Tiga Tahun

Namun begitu, sekiranya buku teks berkenaan masih elok dari segi fizikalnya, buku tersebut hendaklah terus diguna pakai walaupun tempoh hayatnya telah tamat.

Dasar Perpindah Murid Bersama Buku Teks

Perpindahan dalam zon yang sama, murid dikehendaki membawa bersama:

• Buku teks

• Buku Latihan dan Aktiviti

Moto


SPBT cemerlang SKH1 F.I.R.S.T

Misi


Mewujudkan sistem pengurusan yang efisien dan berkualiti dengan matlamat melahirkan murid-murid ict cemerlang dan berwawasan menjelang 2010.

Visi


Menjana kecermelangan pengurusan SPBT secara berterusan bertunggakkan dasar kelayakan berkonsepkan ict demi memartabatkan SK HAMZAH 1 menjelang 2010.

Fungsi SPBT

• Menguruskan perlaksanaan SPBT dan keperluan semua murid di sekolah.

• Menguruskan bilik BOSS agar sentiasa kemas, bersih, ceria dan selamat.

• Menguruskan pelbagai aktiviti bagi memupuk kesedaran di kalangan para pendidik dan para murid tentang kepentingan bilik BOSS sebagai nadi sekolah.

• Mengurus pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT kepada semua murid mengikut enrolmen murid tahun semasa pada masa yang tepat dan sistematik.

• Mengurus bekalan buku teks SPBT mencukupi dan buku stok SPBT dikemaskini.

• Mengurus pelbagai aktiviti dan pertandingan bagi memupuk kesedaran menyayangi serta menghargai buku teks SPBT.

• Mengurus pelupusan buku teks SPBT.

Mengurus pelbagai bengkel baik pulih buku teks SPBT

Objektif

• Mewujudkan satu sistem penggunaan SPBT sekolah yang berkesan.

• Menyedarkan para guru dan para murid tentang kepentingan BOSS selaku nadi sekolah.

• Memupukkan kesedaran menyayangi serta menghargai Buku Teks dan BLA.

• Memperkembangkan semangat kerjasama melalui bengkel-bengkel baik pulih dari semasa ke semasa.

Matlamat SPBT


Matlamat SPBT Sekolah Hamzah 1 adalah untuk memastikan semua murid menerima buku teks SPBT yang elok tanpa sebarang kerosakan pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.

Piagam Pelanggan

• Mematuhi dasar kelayakan SPBT,

• Menguruskan SPBT dengan efisien dan berkualiti,

• Memartabatkan buku teks dan BLA di sekolah,

• Memaksimumkan penggunaan buku teks dan BLA di sekolah,

• Memupuk budaya “ Sayangi dan Hargai Buku Teks”,

• Mengamalkan budaya cakna kerja , peka terhadap segala pemasalahan